Global
SEMBANG - SEMBANG WARUNG
SEMBANG APA SAJA , SANTAI DAPATKAN INFO PERCUMA...YA..SEMUANYA PERCUMA
Saturday, June 18, 2011
PUTING BELIUNG DI PERAIRAN PANTAI MERSING PADA 17HB JUN 2011 SEKITAR JAM 3.00 PTG
Sampan berputar di udara (ARTIKEL COPY FROM SINAR HARIAN EDISI JOHOR
MERSING – Puluhan sampan mengalami kerosakan dalam satu kejadian angin puting beliung yang berlaku kira-kira lima minit di pesisiran pantai Mersing berhampiran Pulau Setindan, Teluk Buih, Kampung Air Papan, di sini, semalam.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 itu.
Seorang saksi, Sharifah Aini Mohd Zin, 34, berkata, ketika puting beliung itu berlaku, dia berada di jeti Teluk Buih dan melihat angin puting beliung itu bermula daru Pulau Setindan menghala ke arah jeti dia berdiri.
"Melihat angin puting beliung itu menuju ke jeti, saya bergegas lari ke darat untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui semalam.
Seorang pemilik sampan, Mohd Rashid Terang, 47, berkata, peristiwa itu adalah kali pertama dialami dan dilihatnya sepanjang dia menjadi nelayan.
“Saya terkejut apabila melihat salah satu dari puluhan sampan berputar-putar naik ke udara, sebelum jatuh menghempap jeti Teluk Buih. saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri," katanya.
Mohd Asri Jaafar, 55, memberitahu, dia bersama beberapa nelayan dalam menyediakan persiapan untuk turun ke laut pada keesokan harinya.
Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian angin puting beliung dalam sekelip mata menyebabkan kerugian kerana bot rosak.
"Angin puting beliung datang terlalu cepat sehingga menyebabkan bumbung kedai makan di jeti saya turut rosak.
"Suasana ketika itu memang kelam-kabut dan saya hanya berserah kepada Allah,” katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, kejadian angin puting beliung itu adalah pertama kali berlaku di kawasan terbabit yang menggemparkan penduduk berhampiran.

Subscribe to:
Posts (Atom)