Global
Saturday, June 18, 2011
PUTING BELIUNG DI PERAIRAN PANTAI MERSING PADA 17HB JUN 2011 SEKITAR JAM 3.00 PTG
Sampan berputar di udara (ARTIKEL COPY FROM SINAR HARIAN EDISI JOHOR
MERSING – Puluhan sampan mengalami kerosakan dalam satu kejadian angin puting beliung yang berlaku kira-kira lima minit di pesisiran pantai Mersing berhampiran Pulau Setindan, Teluk Buih, Kampung Air Papan, di sini, semalam.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 itu.
Seorang saksi, Sharifah Aini Mohd Zin, 34, berkata, ketika puting beliung itu berlaku, dia berada di jeti Teluk Buih dan melihat angin puting beliung itu bermula daru Pulau Setindan menghala ke arah jeti dia berdiri.
"Melihat angin puting beliung itu menuju ke jeti, saya bergegas lari ke darat untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui semalam.
Seorang pemilik sampan, Mohd Rashid Terang, 47, berkata, peristiwa itu adalah kali pertama dialami dan dilihatnya sepanjang dia menjadi nelayan.
“Saya terkejut apabila melihat salah satu dari puluhan sampan berputar-putar naik ke udara, sebelum jatuh menghempap jeti Teluk Buih. saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri," katanya.
Mohd Asri Jaafar, 55, memberitahu, dia bersama beberapa nelayan dalam menyediakan persiapan untuk turun ke laut pada keesokan harinya.
Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian angin puting beliung dalam sekelip mata menyebabkan kerugian kerana bot rosak.
"Angin puting beliung datang terlalu cepat sehingga menyebabkan bumbung kedai makan di jeti saya turut rosak.
"Suasana ketika itu memang kelam-kabut dan saya hanya berserah kepada Allah,” katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, kejadian angin puting beliung itu adalah pertama kali berlaku di kawasan terbabit yang menggemparkan penduduk berhampiran.

Tuesday, June 7, 2011
SEMBANG KOLUMNIS
3 cabaran BN menjelang PRU-13 |
| oleh KARIM RASLAN 6/7/2011 10:50:39 AM |
Gabungan ‘maut’ pesona peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, agihan dana kerajaan dan kempen melalui media massa telah menambah populariti Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak kebelakangan ini. |
Aksi jijik peserta Maharaja Lawak
MINGGU ke-10 program Maharaja Lawak yang julung kalinya berlangsung di Pusat Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa) berjaya menarik ramai penonton.
Namun, di sebalik kejayaan per sembahan kelima-lima peserta sempena program 'Jelajah Gelanggang Maharaja Lawak' itu timbul beberapa kebimbangan barisan pengkritik melibatkan Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek .
Mereka merasakan kesemua peserta cenderung menggunakan ‘cross gender comedy’ atau lawak berbaur lucah dan tidak ber moral yang memberi im pak negatif kepada penonton, terutamanya golongan kanak-kanak.
Mamat Khalid mengingatkan peserta supaya lebih sensitif dengan persembahan kerana tidak semua penonton boleh menerima lawak jenaka dipersembahkan dan mungkin
akan mengguris hati pihak tertentu.
“Tak semua orang boleh terima 'cross gender comedy' seperti dipersembahkan, mungkin ada yang jelik melihat aksi sebegitu, namun sebagai pelawak mereka perlu lebih sensitif terhadap isu yang cuba diper sembahkan.
“Bagaimanapun, saya berbangga dengan semua peserta kerana mampu mengawal dan berinteraksi dengan penonton yang ramai berbandinging sebelum ini ketika pentas
Mahar aja Lawak diadakan di Studio Finas,” kata pengarah fi lem Hantu Kak Limah Balik
Rumah itu.
Pengkritik bimbang beri impak negatif Gelanggang Maharaja Lawak minggu ke-10 bertemakan bebas malam kelmarin menyaksikan tiada penyingkiran seterusnya men yelamatk an
kumpulan R2 y ang mendapat undian terendah pada awal pembukaan pentas. Kumpulan Jambu me ndahului keduduk an dengan undian 59 peratus, manakala trio Sepah mengekalkan kedudukan di tangga kedua dengan undian 55 peratus diikuti Jozan (55
peratus), Nabil (50 peratus) dan kumpulan R2 (33 per atus).

SEMBANG MUTAKHIR
Kereta api Bukit Bendera rosak lagi
2011/06/07
GEORGETOWN: Kereta api Bukit Bendera hari ini rosak lagi, kali ketiga dalam tempoh hanya lebih sebulan selepas disambung semula perkhidmatannya pada 25 April dengan kos penambahbaikan RM73 juta. Dalam kes pertama, kereta api berkenaan mengalami kerosakan mekanikal apabila sekumpulan anjing menceroboh relnya selepas lapan hari perkhidmatannya disambung semula, manakala pada Sabtu lalu pula, perkhidmatannya terpaksa dihentikan sekali lagi kerana masalah mekanikal.Hari ini, perkhidmatannya terhenti pada kira-kira 10 pagi, dipercayai akibat masalah teknikal, ketika beratus-ratus pelancong berbaris untuk membeli tiket di stesennya di puncak Bukit Bendera.Bagaimanapun, lebih kurang 400 penumpang yang terkandas itu dibawa turun dengan jip dan bas.
Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Datuk Lee Kah Choon, berkata siasatan awal mendapati masalah itu berpunca daripada sistem elektrik yang tidak berfungsi dengan baik.
"Saya sudah meminta mekanik dan jurutera yang terbabit menyelesaikan masalah itu kerana kerosakan kali ini tidak sama dengan yang sebelumnya," kata beliau apabila dihubungi di sini hari ini.
Lee berkata, beliau berharap perkhidmatan kereta api itu akan dapat disambung semula untuk pelancong sebaik saja masalah elektrik pulih sepenuhnya dan keadaannya selamat kegunaan untuk orang ramai.
Rosli Ismail, 50, dari Johor berkata dia membawa keluarganya ke kaki bukit peranginan itu pada kira-kira 3 petang, tetapi kecewa kerana kereta api berkenaan mengalami kerosakan.
"Kami tak sangka kejadian itu berlaku lagi kerana kami datang dari jauh dan ingin menikmati pemandangan indah di atas bukit, tapi notis yang dipasang pada pintu masuk menyatakan perkhidmatan kereta api ini dihentikan untuk sementara," katanya.
Pada 22 Februari, operasi perkhidmatan kereta api berusia 87 tahun itu dihentikan bagi membolehkan kerja menaik taraf dijalankan oleh Kementerian Pelancongan.
Koc baru berhawa dingin buatan Switzerland yang setiap satu mampu membawa 50 penumpang, digunakan untuk perkhidmatan itu untuk membuat perjalanan tanpa henti dari bawah hingga ke puncak Bukit Bendera, berbeza dengan sistem lama yang memerlukan penumpang menukar kereta api di stesen pertengahan. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)